Sabtu, 12 Mei 2012

Petua Elak Sakit Badan

Antara sendi yang kerap terlibat adalah lutut, bahu, siku,
pinggang dan tumit kaki serta pergelangan tangan.
BILA usia semakin meningkat, antara masalah sering dialami ialah tegang otot dan sakit sendi, terutama bagi individu yang kurang aktif dan jarang bersenam.

Bagi yang berbadan besar, mereka ada satu masalah tambahan iaitu sakit lutut dan khususnya apabila mahu bangun daripada duduk atau menaiki tangga.

Sakit lutut sebenarnya berpunca daripada sakit sendi yang dialami 23 peratus rakyat negara kita berumur 55 tahun ke atas. Daripada jumlah ini, 39 peratus adalah warga emas berusia lebih 65 tahun.

Secara umumnya wanita lebih ramai mengalami masalah sakit sendi berbanding lelaki. Ia mungkin disebabkan tugas wanita yang tidak pernah habis kerana wanita kini bukan saja bersama-sama bekerja mencari rezeki, tetapi juga perlu membereskan kerja di rumah, termasuk menguruskan anak.

Ini sebabnya lelaki yang mendakwa mereka ‘lebih gagah’ dan sayangkan isteri perlu berganding bahu membantu menguruskan rumah tangga supaya sendi insan tersayang tidak menerima terlalu banyak bebanan.

Walaupun penuaan antara faktor risiko kepada masalah osteoartritis di mana sendi boleh mengalami kemerosotan, ia bukan penyebab penyakit itu. Berita baiknya, masalah sakit sendi boleh dielak dengan mengamalkan beberapa kaedah perlindungan dan penjagaan mudah.

Menurut Perunding Reumatologi Hospital Selayang, Dr Asmahan Mohamed Ismail, perkara paling penting ialah jaga badan (supaya bukan saja mudah bergerak tetapi nampak lebih cantik) dan melakukan aktiviti yang boleh menggerakkan sendi dengan cara bersenam.

Pilih jenis senaman yang bersesuaian dengan diri sendiri. Mereka yang tidak pernah bersenam dan ada masalah kesihatan disaran berbincang dulu dengan doktor untuk mengelak masalah yang mungkin timbul.

Namun secara umumnya senaman ringan seperti berjalan cepat, menari, tai chi, berenang atau berbasikal memberi kesan positif kepada sendi kita.

Rabu, 9 Mei 2012

Air Minum Haruslah Memenuhi Syarat

Banyak orang yang mengira bahawa saat minum segelas air, maka air tersebut akan segera dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk urine hari itu juga. Ternyata salah, kerana air yang diminum hari ini akan bePerjalanan air dalam tubuh terdiri dari 3 proses, iaitu diserap, disalurkan dan diperbaharui. Semasa air masuk dalam saluran pencernaan, air akan melalui pembuluh kapilari dan darah serta akan masuk ke dalam sel-sel darah.ada di tubuh 10-50 hari dan akan dikeluarkan 50 hari kemudian. Air menjangkau sel dalam masa 5 minit setelah masuk ke dalam tubuh.

Setelah itu air akan mengalir dan tersebar di dalam dan di sekitar organ sel. Semasa air telah masuk ke plasma, maka air akan disalurkan ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah. Air merupakan zat makro yang diperlukan dalam jumlah yang banyak, seperti halnya karbohidrat, lemak dan protein. Bahkan jumlahnya paling banyak iaitu 2 L, kalau nasi kan tidak mungkin sebanyak itu. Berdasarkan penelitian TRIP yang dilakukan oleh Profesor Francois Peronnet dari Universiti Montreal, Kanada, mendapati bahawa air yang diminum akan masuk ke dalam sel dalam masa 5 minit. Orang-orang yang biasa minum air putih 2 liter sehari, ternyata air berada di dalam tubuh selama 10 hingga 50 hari.

Air yang diambil setiap hari akan berlangsung di dalam tubuh selama 10 hari yang kemudian akan dikeluarkan melalui pembuangan, keringat, wap pernafasan dan najis. Sedangkan titis terakhir air yang kita minum hari ini akan keluar 50 hari kemudian. Jadi tidak betul kalau kita minum air hari ini terus langsung keluar hari ini juga, yang keluar hari ini adalah air yang diminum 50 hari sebelumnya. Melihat perjalanan air dalam tubuh dan waktu yang cukup lama berada di dalam tubuh, maka harus benar-benar diperhatikan air yang diminum mempunyai kualiti yang baik.