Isnin, 19 Oktober 2015

Berpantang Dengan Sihat (2)

Salam semua..


Aritu saya ada kongsikan cara berbengkung. Okey saya nak sambung ye,tentang mengurut. Ramai tertanya2, kenapa perlu berurut selepas bersalin? Penting sangat ke?


Urutan ibu selepas bersalin,untuk melegakan, menyegarkan serta melancarkan peredaran darah anda. Tubuh badan anda mesti merasakan keletihan,kesakitan dan kekejangan urat saraf selepas berhempas pulas untuk melahirkan cahaya mata anda. Betul bukan? So..anda janganlah mengambil mudah.


Untuk mendapatkan urutan,anda janganlah mengurut dengan pengurut yang mengurut dengan memulakan urutan dari kepala ,belakang atau selain dari kaki. Urutan tradisional akan bermula dari kaki Dan di habiskan dengan kepala. Anda akan terasa ringan tubuh badan kerana angin di keluarkan di kepala,kepala akan terasa ringan. ( jika pengurut itu mengakibatkan anda rasa sakit dan lebam selepas di urut,tukarlah pengurut lain ). Kenapa saya sarankan begitu? Ia boleh mengakibatkan anda demam, di sebabkan urat saraf anda di tekan di asak dengan cara yang salah( keradangan otot@saraf).

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Dan Selepas Di Urut:


  1. Mandi dengan air rebusan herba untuk ibu bersalin.(penghabisan mandi bukan permulaan mandi)
  2. Ambil sedikit sarapan,makan sekadar melapik perut
  3. Menyusukan Bayi terlebih dahulu. (Tidak terganggu ketika proses urutan.
  4. Jangan mandi selepas di urut.(Urat saraf,peredaran darah,pejalanan angin baru bermula,jika anda mandi ia akan memperhentikan proses tersebut)
  5. Pakai bengkung dan stokin seperti yang di sarankan. ( jika tidak,rugilah anda membayar pengurut)
  6. Makan nasi, ikan, sayuran untuk menambahkan susu.
Pesanan: Jangan takut jika darah banyak mengalir keluar dari faraj anda. Itu bermakna, anda sihat dan pengurut itu memeng melaksanakan tugasannya dengan baik.


Petua :Untuk kembali cergas...mandilah dengan air rebusan herba. Jika tiada mandilah dengan air suam. Ia dapat membantu urat anda tidak kejang insyaallah...Buatlah selama 1minggu dan keatas,mengikut kesihatan tubuh badan anda..


Okey sekian..akhir kalam,sayangilah badan anda...kerana anda akan menggunanya untuk melayani suami dan anak serta orang disekeliling anda. Wassalam


Jom sihat....ikhtiar....berdoa....tawakal...