- Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
- Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
- Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)
Sabtu, 4 April 2015
Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam
Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Amalan ibu mengandung yang baik adalah menurut landasan Islam. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-
Sabtu, 23 Jun 2012
KASIH IBUBAPA
Ibu bapa sangat berjasa kepada anak-anaknya. Tidak pernah kenal erti
lelah, letih, susah, payah dan pelbagai lagi. Mengasihi anaknya seperti
‘menatang minyak yang penuh’. Mengikut adat dunia, adanya mereka
hadirlah kita di muka bumi Allah SWT ini. Selaku anak sentiasa menghormati dan patuh akan kata-kata mereka selagi
mana perkara itu tidak pernah melanggar syariat yang telah Allah
tetapkan. Mematuhi perintahan mereka lagi-lagi perkara itu adalah
suruhan Allah SWT.

Maksudnya :- “Dan (sebaliknya amatlah derhaka) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajakkannya beriman) : ‘Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, pada hal berbagai-bagai umat sebelumku telah berlalu (tidak balik lagi)?’
Sambil mendengar kata-katanya itu ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu) : ‘Selamatkan dirimu! Berimanlah (tentang hidup) semula menerima balasan amalan)! Sesungguhnya janji Alla tetap benar’. Lalu dia menjawab (dengan angkuhnya) : ‘Semua itu hanyalah cerita-cerita dongen orang-orang dahulu kala’!
Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka dari kalangan jin dan manusia kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi”. [Al-Ahqaf; 46:17-18]
Langgan:
Catatan (Atom)

