Jumaat, 7 Jun 2013

Petua Mengatasi Sakit Kepala dan Bahaya Paracetamol

Paracetamol adalah sejenis dadah yang termasuk dalam kategori “aniline analgesics” yang dijadikan ubat penahan sakit seperti sakit kepala, deman, selsema, batuk dan sebagainya. Ada terdapat berbagai Jenama Paracetamol yang terkenal di Malaysia. Menurut pakar, pengambilan paracetamol secara berlebihan dan kerap adalah sangat membahayakan kesihatan.
  • Keracunan Paracetamol boleh mengakibatkan kerosakan fungsi organ di dalam tubuh manusia seperti buah pinggang, kegagalan hati dan banyak lagi

Sabtu, 25 Mei 2013

Titik atau poin refleksi

Menurut pakar refleksi, poin  refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh bahagian kaki sahaja.

Hasil daripada urutan refleksi ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar. Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.