Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan
14% mengalami obesiti di Malaysia . Berikut merupakan
beberapa cara yang boleh digunakan untuk
menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
- Kunyah
makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat
kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
- Kurangkan
pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan
yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang
tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
- Jika
anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan
buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
- Jangan
makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan
pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam
sebelum masuk tidur.
- Jika anda terbangun dari tidur pada waktu
malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti
epal atau pisang.
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu
makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan
berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah
terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
- Kawal nafsu
makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang
sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari
demi untuk mengawal nafsu makan anda.
- Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli
'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu
antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan
makan malam.
- Anda boleh menggunakan pil diet untuk
mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan
menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul
dan sihat.
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan
sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi
ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk
membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda
lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan
tangga daripada menggunakan lif.
- Buat senaman 'sit up' dan
'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu
petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah
jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk
membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh
menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs
yang cantik berketul-ketul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan