Sabtu, 4 April 2015

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam

Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Amalan ibu mengandung yang baik adalah menurut landasan Islam. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-
  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
  3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  5. Banyakkan berzikir
  6. Banyakkan membaca Al-Quran
  7. Banyakkan baca buku ilmiah (i.e. kisah-kisah nabi, kisah-kisah para sahabat dll)
  8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
  10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami/isteri
  12. Makan makanan yang baik (i.e. makanan dpd bahan-bahan yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal)
  13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  14. Rajin mengukirkan senyuman
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Perkara-Perkara yang perlu dielakkan oleh suami/isteri ketika isteri mengandung:-
  1. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  2. Elakkan makan dam minum makanan yang haram
  3. Elakkan makanan yang berbisa (i.e. ikan semilang, ikan pari, nenas, tapai dll)
  4. Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
  5. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
  6. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
  7. Jauhi pertuturan yang negatif
  8. Jauhi membuka aurat
  9. Jauhi amalan khurafat

Amalan bacaan surah semasa ibu mengandung:

  1. Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
  2. Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
  3. Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  4. Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  5. Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
  6. Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  7. Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
  8. Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)
Amalan suami/isteri selepas melahirkan anak

  1. Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas zuriat yang dikurniakan dan war-warkan kepada sanak-saudara, rakan-handalan dan jiran-tetangga.
  2. Azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi.
  3. Mendoakan dan membaca surah-surah tertentu
  4. Ibu hendaklah menyusukan anak semenjak anak dilahirkan.
  5. Mentahniqkan anak ( kunyah, buah kurma dan digosokkan ke atas lelangit anak, sebaiknya dilakukan oleh seseorang yang soleh)
  6. Menamakan anak dengan nama yang baik-baik
  7. Mencukur rambut bayi
  8. Melakukan akikah
  9. Melakukan khitan/khatan
  10. Mendidik anak untuk beriman, beramal soleh dan berakhlak soleh.
Sumber: Safiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan