Assalamualaikum..
Kepada ibu yang sedang bertanya
pada diri sendiri, macam mana aku nak pantang ya? Nak2 lagi ibu yang tiada
pengalaman berpantang. Kenapa kita kena berpantang? Perlu ikut cakap ibu kita? Perlu
dengar nasihat kawan? Segala persoalan itu jawapannya untuk kita sihat (bukan
bermaksud sihat di dalam pantang sahaja, sihat sehingga kita berpantang
kembali).
Untuk perkongsian bersama, selepas keluar dari hospital kita
sebaik2nya memakai bengkung supaya perut kita tidak rasa ngilu dek kerana
peranakan kita yang baru bersalin. Secara automatik nya...peranakan kita cepat
mengecutkan dan membantu rahim secara tidak langsung akan naik dengan
sendirinya sedikit demi sedikit, yang paling penting perut akan mengempis.
Ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak menghiraukannya, betul tak? Mungkin anda
takut memakai bengkung tanpa mengetahui cara yang betulkan. Ok saya kongsi
dengan anda.
CARA-CARANYA:
Pertama: Anda boleh memakainya
dengan cara berdiri atau berbaring.
Kedua: Anda letakkan di belakang
anda,betulkan kedudukan bengkung tersebut di antara perut dan ari2.
Ketiga: Anda tarik tali zig zeg sehingga
habis, pastikan diikat kuat mengikut keselesaan pernafasan anda. Pastikan
bengkung itu bila anda duduk dia tidak terangkat ke atas. Jika berlaku buka dan
ulang langkah tersebut.
Petua untuk cepat mengecutkan
rahim,sapukan sedikit kapur Dan limau nipis. Insya-Allah seawal seminggu dan ke
atas rahim akan mengecut dengan sempurna (boleh dilakukan oleh ibu yang tiada
masalah kulit yang sensitif). Dinasihatkan agar tidak meletakkan kapur terlalu
banyak kerana boleh mengakibatkan kulit anda melecur.
Peringatan kepada semua, jika
anda tersalah memakai bengkung akan mengakibatkan peranakan anda ke bawah.
Selamat
mencuba...tradisional paling mudah, berkesan dan jimat. Nantikan tips2 yang
lain dari saya, Insya-Allah.. Sekian wassalam.