- Keracunan Paracetamol boleh mengakibatkan kerosakan fungsi organ di dalam tubuh manusia seperti buah pinggang, kegagalan hati dan banyak lagi
Sakit kepala adalah disebabkan keadaan tidak seimbang elektron dan ion di dalam sel otak. Rawatan alternatif untuk menghilangkan kesakitan adalah dengan meminum minuman isotonic. Minum campuran air Isotonic dan air biasa dengan kadar 1:1 atau 1:2 ketika anda mengalami masalah sakit kepala.
Petua lain bagi membantu mengurangi sakit kepala ialah dengan merendamkan kedua belah kaki anda di dalam besen yang berisi dengan air suam. InsyaAllah ianya akan membantu mengurangkan tekanan darah di kepala anda.
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air sejuk. Tekapkan tuala secara lembut di bahagian kepala dan belakang leher. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli dari mana-mana pasaraya. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim.
Elakkan dari tidur selepas solat Asar. Sekiranya mengalama sakit kepala pada waktu ini, lakukan Petua . Lakukannya selama beberapa ketika sambil menikmati minuman petang. Kemudian mandi seperti biasa. InsyaAllah selepas waktu Maghrib, kesakitan akan beransur hilang sepenuhnya.
Kurangkan mengambil minuman yang mengandungi caffeine (i.e. Kopi, teh, minuman ringan, minuman bertenaga etc.). Pengambilan caffeine yang berlebihan yang melebihi 250mg sehari boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai “caffeinism“. Ianya boleh menyebabkan punca berlakunya keadaan fizikal dan mental yang kurang selesa termasuk gemuruh, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sesak nafas.
Amalkan membaca Surah Al-Waqiah: Ayat 19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan