Sabtu, 25 Mei 2013

Titik atau poin refleksi

Menurut pakar refleksi, poin  refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh bahagian kaki sahaja.

Hasil daripada urutan refleksi ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar. Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.





Oleh kerana kawasan pusat saraf terdapat pada kaki maka pakar refleksi tidak mengalakan memakai kasut yang sempit sehingga boleh menghimpit kaki semasa memakai, atau kasut yang hujungnya tirus yang bisanya dipakai oleh perempuan. Orang yang tahu dan mementingkan kesihatan tidak akan mengorbankan kesihatan mereka semata-mata kerana fesyen kasut yang diminati.

Antara penyakit yang boleh disebabkan oleh kasut yang sempit adalah seperti penyakit hidung, kepala, leher, mata, bahu, dada, buah dada, kelenjar, kelejar tiroid, paru-paru dan bronkhus. Di sini dapat dilihat betapa kaki kita boleh menentukan keadaan kesihatan kita.


Alam ini telah diciptakan dengan sangat sempurna oleh Allah yang maha kuasa sehinggakan batu-batu yang bertaburan dijalanan yang mungkin tidak berguna pada pandangan mata kasar juga sebenarnya dapat memberi manfaat sedikit sebanyak terhadap kesihatan manusia. Apabila kita berjalan tanpa mengunakan kasut atau sebarang alas kaki sambil memijak jalan yang penuh dengan batu yang mempunyai pelbagai saiz, semasa kita berjalan tersebut akan berlaku suatu proses urutan secara semulajadi terhadap kaki kita. Namun kini zaman telah berubah, jalan berbatu telah digantikan dengan jalan yang diperbuat daripada tar atau simen tambahan pula terciptanya alas kaki (kasut) maka hubungan yang intim antara manusia dan alam ini turut berkurang.

Walaupun cara perubatan ini tidak dapat diterangkan secara sains namun khasiat dan faedah yang diperolehi daripada kaedah perubatan ini sangat menakjubkan.

Antara cara memberi tindakan kepada kawasan refleksi ialah
  1. Mengunakan bahan yang panas seperti batu tungku yang diletakan hampir pada kawasan refleksi.
  2. Kayu yang tumpul juga boleh digunakan sebagai kaedah mengurut.
  3. Cara yang paling lazim adalah dengan mengunakan tangan atau jari .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan