Menurut
pakar refleksi, poin refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat
saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu
badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh
bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh
bahagian kaki sahaja.
Hasil daripada
urutan refleksi ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi
lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar.
Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan
urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.