Isnin, 4 Jun 2012

Kekal Bertenaga

10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga

Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

1. Sentiasa makan sarapan pagi

Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

2. Makan sedikit tetapi lebih kerap

Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa
letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

3. Bersenam

Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Beri sel anda makan

Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

5. Makan makanan tinggi tenaga

Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.

6. Minum air

Minum air dengan kerap.

7. Minum jus

Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

8. Kurangkan penggambilan kafein

Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.

9. Vitamin

Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

10. Galian/Mineral

Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..

Ahad, 3 Jun 2012

Tips merawat sakit kepala

aduhhh.....sakit nyeee kepale niii
Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala. Picit bahagian atas kening menggunakan jari hantu kedua2 belah tangan,perlu dibuat oleh sahabat anda atau yang berkenaan.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Sabtu, 2 Jun 2012

Wahai Ibu Bersalin

Manjakan diri selepas bersalin, rehat sepenuhnya, jangan buat kerja berat kerana badan perlu ambil masa untuk pulih paling kurang 6 minggu  atau 42 hari. Semasa anda melahirkan bayi, tulang punggung  terbuka bagi memberi laluan bayi untuk keluar  dan segala urat saraf  menjadi tegang. Untuk memulihkan urat kembali normal, anda disyorkan mengurut selama 3 hari berturut-turut atau lebih, bagi yg suka dan mampu untuk rawatan tradisional... 

Anda bertukus lumus menahan rasa sakit dari contraction dan berusaha untuk mengeluarkan satu nyawa. Maka selepas sahaja bayi keluar, rehatkan diri sepenuhnya. (Setiap kali melahirkan anak,air mata pasti mengalir kerana menahan rasa sakit yang teramat.)

Jangan banyak berjalan, berlari atau melompat. Rahim , faraj dan serviks perlu masa untuk mengecut dengan baik  dan sempurna. Penjagaan diri di bahagian ini sangat penting kerana servis anda sebagai isteri diperlukan dalam tempoh yang masih lama.

Jaga kebersihan  dan kesihatan diri dengan baik dan sempurna.

Demi yang terindah

Demi yang kukagumi,
aku memberanikan diri,
untuk menulis sebuah puisi,
yang tak seindah pelangi,
namun sebuah kejujuran hati, 

Demi yang kurindu,
aku rela menjadi debu,
dan tak pernah merasa jemu,
berdiri mematung untuk menunggu,
pembebasan jiwa yang terbelenggu.

Demi yang kupuja,
biarlah aku menjadi lupa,
tentang diriku yang sebenarnya,
kerana aku takkan pernah ada,
tanpa hembusan sebuah sabda.

Demi yang terindah,
aku sedar begitu rendah,
sedikitpun tak terlihat gagah,
berjalan harus dipapah,
agar tidak terjerembab ke tanah.

Demi yang tercantik,
lemah bibirku berbisik,
melantunkan kata terbaik,
tanpa dilapisi warna-warni lipstik,
tentang kebenaran yang setitik,

Demi yang tiada cacat,
aku selalu ingin mencatat,
makna-makna yang tersirat,
di antara dunia penuh siasat,
agar aku senatiasa selamat. 

Demi keagunganNya,
aku selalu memuja,
aku selalu mengagumi,
aku selalu merindu,
akan semua keindahanNya....