Selasa, 8 September 2015

Berpantang Dengan Sihat (1)

Assalamualaikum.. 
Kepada ibu yang sedang bertanya pada diri sendiri, macam mana aku nak pantang ya? Nak2 lagi ibu yang tiada pengalaman berpantang. Kenapa kita kena berpantang? Perlu ikut cakap ibu kita? Perlu dengar nasihat kawan? Segala persoalan itu jawapannya untuk kita sihat (bukan bermaksud sihat di dalam pantang sahaja, sihat sehingga kita berpantang kembali).

Untuk perkongsian bersama, selepas keluar dari hospital kita sebaik2nya memakai bengkung supaya perut kita tidak rasa ngilu dek kerana peranakan kita yang baru bersalin. Secara automatik nya...peranakan kita cepat mengecutkan dan membantu rahim secara tidak langsung akan naik dengan sendirinya sedikit demi sedikit, yang paling penting perut akan mengempis. Ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak menghiraukannya, betul tak? Mungkin anda takut memakai bengkung tanpa mengetahui cara yang betulkan. Ok saya kongsi dengan anda.


CARA-CARANYA:


Pertama: Anda boleh memakainya dengan cara berdiri atau berbaring.


Kedua: Anda letakkan di belakang anda,betulkan kedudukan bengkung tersebut di antara perut dan ari2.


Ketiga: Anda tarik tali zig zeg sehingga habis, pastikan diikat kuat mengikut keselesaan pernafasan anda. Pastikan bengkung itu bila anda duduk dia tidak terangkat ke atas. Jika berlaku buka dan ulang langkah tersebut.


Petua untuk cepat mengecutkan rahim,sapukan sedikit kapur Dan limau nipis. Insya-Allah seawal seminggu dan ke atas rahim akan mengecut dengan sempurna (boleh dilakukan oleh ibu yang tiada masalah kulit yang sensitif). Dinasihatkan agar tidak meletakkan kapur terlalu banyak kerana boleh mengakibatkan kulit anda melecur.

Peringatan kepada semua, jika anda tersalah memakai bengkung akan mengakibatkan peranakan anda ke bawah. 

Selamat mencuba...tradisional paling mudah, berkesan dan jimat. Nantikan tips2 yang lain dari saya, Insya-Allah.. Sekian wassalam.

Isnin, 6 April 2015

Direktori Tukang Urut Selepas Bersalin seluruh Malaysia

Bagi memudahkan anda untuk mendapat perkhidmatan mengurut selepas bersalin, Sihat Muslimah telah menyediakan direktori Tukang Urut yang telah mendaftar di blog kami.

Tujuan kami menyenaraikan khidmat ini adalah untuk memudahkan anda membuat 'appointment' dengan mereka. Pastikan telefon dan 'booking' terlebih dahulu. Jika ada 'contact' yang sudah tidak 'valid' sila beritahu di ruangan komen. Kami akan mengeluarkannya secepat mungkin.

Jika ada cadangan perkhidmatan rawatan tukang urut yang lain atau anda sendiri menawarkan perkhidmatan mengurut, sila isi Borang Pendaftaran Tukang Urut Selepas Besalin di bahagian bawah.

Sabtu, 4 April 2015

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam

Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Amalan ibu mengandung yang baik adalah menurut landasan Islam. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-
  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
  3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)

Selasa, 24 Mac 2015

Pastikan wanita kekal sihat



Kesihatan wanita bukan saja menjadi petanda penting mengenai kedudukan dan taraf mereka, malah sebagai ibu dan pengasuh kerana mereka boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat.

Justeru sangat penting bagi wanita mendapat kualiti penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna membabitkan aspek jasmani, mental dan emosi.

Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 8 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi pendedahan kepada semua wanita mengenai penting menjalani kehidupan sihat. Ini merujuk kepada kajian pertubuhan berkenaan yang melaporkan 10 isu utama berkaitan kesihatan golongan berkenaan.