Amalkan makanan sihat untuk kesihatan bersama |
Yang warna hijau apatah lagi,
Kalau rasa nak kurang berat,
Makan timun makanlah sawi.
Tampar nyamuk tangan tak kena,
Tengok tengok tangan yang sakit,
Buah tak mahu sayur tak suka,
Silap hari kena sembelit..
Merah tangan tertampar almari,
Gara-gara nyamuk yang licik,
Sayur lobak penuh nutrisi,
Ada Vitamin A mata pun celik..
Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju makan roti,
minum susu senang hati.
Kurangkan garam kurangkan gula,
Kuranglah sakit di hari tua,
Sarapan penting ingat ya semua,
Pembekal tenaga untuk bekerja.
Banyakkan senaman banyakkan ibadat,
Banyak bergerak lemak terbakar,
Pakaian longgar menutup aurat,
Selesa bekerja selesa belajar..
pantun berkait takda ke ? tentang gaya hidup sihat , cita-cita saya dan pencemaran alam
BalasPadamWih mantap.... Abik eh terima kasih
BalasPadamsy mohon untuk guna pantun ni boleh ye?
BalasPadam