Ahad, 21 Oktober 2012

Rahim Jatuh Selepas Bersalin

Setiap manusia sudah pasti ingin mempunyai zuriat yg dikandung selama 9bulan. Zuriat itulah yang menjadi keturunan dan menguatkan lagi hubungan suani isteri.Melahirkan bayi bukan satu perkara yg mudah.Jika seseorang itu belum bersedia untuk menjadi ibu,terdapat pelbagai komplikasi yg akan berlaku.

Sabtu, 8 September 2012

Petua Mengurangkan Bengkak

Masalah bengkak di lutut serta sendi ditubuh,sering terjadi apabila urat anda tersimpul serta angin tidak berjalan. Cara mengurangkan bengkak atau kesakitan mudah sahaja.

  • Ambil sedikit jinta manis,kulit kayu manis,lada hitam,herba campur. Masukkan kedalam kuali dan goreng tanpa menggunakan minyak. Selepas itu ambil sehelai kain dan bungkuskan herba2 tersebut didalam kain supaya menjadikan ia seperti bunjut. Tuamkan ditempat yang sakit untuk mendapatkan sedikit keselesaan.
  • Anda juga boleh membalut ditempat yang sakit pada malam hari. Buka selepas anda bangun pagi. Selamat mencuba.

Ahad, 22 Julai 2012

Teknit Urutan Badan

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Rabu, 11 Julai 2012

5 Cara Sendawakan Bayi

Bahu
*Gendung bayi anda tegap menghadap ke belakang dgn dagu bayi di atas anda .Usap pelahan bahagian belakang sehingga sendawa. Anda boleh melakukan sama ada berdiri atau ketika duduk.

Meniarap
*Meniarapkan bayi anda dgn posisi melintang sehingga salah satu paha meneken perut bayi.Pastikan bayi dalam keadaan selesa.

Pangku
*Dudukkan bayi dipangkuan anda,tahan bahagian dada dan biarkan tubuh bayi dalam keadaan condong ke depan,gosok dan urutkan bahagian punggungnya dgn jari-jemari agar udara dlm badannya keluar.

Dukung
*Dukung bayi sambil menggosok bahagian belakangnya.Lakukan dengan sabar kerana biasanya udara yg teperangkap mengambil masa yg lama utk keluar.

Riba
*dudukkan bayi disalah satu paha anda dgn membongkokkan badannya dan gosok pelahan2 dibahagian belakangnya....


SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 7 Julai 2012

Tips Kurangkan Berat Badan

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia . Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  • Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  •  Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  • Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  •  Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
  • Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  • Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  • Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  • Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  • Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  • Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Isnin, 25 Jun 2012

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK OTAK


Berikut adalah senarai jenis makanan terbaik untuk kesihatan otak anda.  Kesmua makanan ini bukan saja lazat dana menyelerakan, malah sangat berkhasiat untuk kesihatan otak anda supaya lebih cerdas, memori sentiasa segar dan mampu mudah mengingat.

1. Coklat atau koko
Coklat memang digemari ole semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana rasanya yang sangat lazat. Tepung coklat sebenarnya sangat berkhasiat kerana ia mengandungi 'antioxidants' paling bertenaga  yang penting untuk membantu meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak.

2.  Ikan
Asid lemak atau dikenali sebagai omega3 yang terkandung dalam ikan amat bermanfaat untuk tubuh. Sebagai contih, omega3 membekalkan banyak oksigen ke otak lalu membolehkan otak anda menyimpan banyak maklumat baru di samping mengekalkan memori lama atau yang sedia ada.  Antara jeinis ikan yangbmempunyai banyak asid lemak ialah ikan haring, salmon dan tuna.

3. Kekacang dan Bijian
Pelbagai jenis makanan yang mengandungi kekacang  dan biji-bijian seperti hazelnut, kacang tanah, almond, walnut, pecans dan sebagainya adalah benar-benar baik untuk kesihatan otak. Hal ini demikian kerana ia juga mengandungi Omega-3 serta Omega-6. Ia telah diketahui  sebagai anti-depressants kerana mereka membantu anda berfikir positif.

4.  Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti kobis, bayam dan lain-lain sangat bagus untuk otak anda kerana menmgandungi vitamin B6, vitamin B12 yang sangat membantu ketika kita perlu mengingati maklumat lama dan memproses maklumat  yang baru saja anda pelajari.

5.  Serbuk Kari
Kari mengandungi antioksidan yang melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif semasa  umur manusia menjadi tua .Kari  juga mengandungi antioksidan untuk melawan kerosakan 'radial' bebas yang menyebabkan peradangan dan penyakit lain.

6. Beri
Beri yang penuh dengan anti-oksidan sangat baik dalam meningkatkan kemahiran motor dan kemampuan belajar secara keseluruhan sementara flavenoid sangat baik untuk meningkatkan memori. 

7.  Teh 
Teh atau teh hitam mengandungi catechin  sangat bermanfaat bagi otak. Katekin membuat fikiran segar dan tajam, juga mencegah keletihan mental. Baik teh hitam dan teh hijau sangat baik untuk kesihatan.

 8.  Tiram
Tiram  kaya dengan zat besi dan zink  yang memelihar  otak sentiasa tajam dan berkemampuan untuk meningkatkan daya ingatan. Ini adalah makanan laut kedua yang paling sihat dan sangat berguna bagi otak manusia.

9.  Telur
Telur mengandung vitamin B12 dan lesitin.  Vitamin B12 bukan saja mencegah penyusutan otak yang terjadi akibat penuaan, tetapi juga mencegah penyakit Alzheimer. Walaupun  telur mengandung kolesterol tinggi tetapi ia juga mengandungi choline yang tinggi, yang merupakan bahan pembinaan sel otak.

10.  Bijirin
Semua jenis bijirin terdiri daripada vitamin B6 yang penuh dengan timin, sangat berguna untuk meningkatkan memori. Bijirin juga meningkatkan aliran darah ke otak dan amat diperlukan dalam  membantu fungsi otak
 FOR YOUR HEALTH. ALWAYS FOLLOW ..

Ahad, 24 Jun 2012

PANTUN KESIHATAN

Amalkan makanan sihat untuk kesihatan bersama
Sayur-sayuran kaya serat,
Yang warna hijau apatah lagi,
Kalau rasa nak kurang berat,
Makan timun makanlah sawi.

Tampar nyamuk tangan tak kena,
Tengok tengok tangan yang sakit,
Buah tak mahu sayur tak suka,
Silap hari kena sembelit..

Merah tangan tertampar almari,
Gara-gara nyamuk yang licik,
Sayur lobak penuh nutrisi,
Ada Vitamin A mata pun celik..

Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju makan roti,
minum susu senang hati.

Kurangkan garam kurangkan gula,
Kuranglah sakit di hari tua,
Sarapan penting ingat ya semua,
Pembekal tenaga untuk bekerja.

Banyakkan senaman banyakkan ibadat,
Banyak bergerak lemak terbakar,
Pakaian longgar menutup aurat,
Selesa bekerja selesa belajar..

TIDUR BAYI BERI KESAN KESIHATAN

Fungsi otak terjejas jika tidur bayi kerap terganggu

IBU bapa muda hilang antara 400 hingga 750 jam waktu tidur ketika anak berusia setahun ke bawah, tetapi apabila semakin membesar, pola tidur mereka lebih stabil.

Biasanya, semua bayi yang baru dilahirkan sering terjaga daripada tidur pada waktu malam. Ia sesuatu yang normal, tetapi menjelang usianya enam bulan, ada bayi yang boleh tidur lena sepanjang malam tetapi ada yang terjaga dan perlu ditidurkan semula.

Tidur bagi bayi adalah sebahagian penting dalam proses tumbesarannya. Tidur waktu malam sangat penting kepada bayi kerana mereka akan lebih riang dan tenang pada waktu pagi.

Jika terganggu walaupun sekejap atau secara berterusan dan bertambah pada setiap malam mungkin boleh menjejaskan fungsi otak. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan persekitaran tidur yang kondusif supaya bayi mendapat kualiti tidur yang diperlukan.

Begitupun keperluan tidur antara seorang bayi dengan yang lain tidak sama. Panduan di bawah adalah secara umum keperluan tidur seseorang bayi dan jika mereka tidak dapat tidur secukupnya, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan pakar.

Tidur bayi baru lahir hingga berusia tiga bulan.
Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia empat atau enam minggu tetapi itu bukan kebiasaannya.

Tiga hingga enam bulan.
Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali.
Bayi akan tidur sekejap,antara sejam hingga dua jam pada waktu pagi, tengah hari dan petang.

Enam hingga 12 bulan.
Kanak-kanak dalam usia ini selalunya tidur sekejap, iaitu dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam dan akan tidur untuk 11 jam pada waktu malam. Jika mereka tidur selama 12 jam pada waktu malam, adalah mencukupi mereka tidur sekejap untuk sejam ketika waktu pagi dan petang.

Satu hingga tiga tahun.
Selalunya mereka tidak lagi tidur sekejap pada waktu pagi. Waktu petang pula mereka juga akan tidur sekejap dan selalunya bertahan untuk tiga jam saja. Jumlah masa tidur mereka yang diperlukan ialah antara 10 hingga 13 jam tetapi faktor lain selalunya mengganggu kualiti masa tidur mereka seperti menggigau atau sakit gigi.

Tiga hingga 12 tahun
Pada usia ini tidur sekejap jarang dilakukan dan jangka masa tidur pada waktu malam juga menurun sehingga 12 jam untuk kanak-kanak pra sekolah manakala 10 jam untuk kanak-kanak pra remaja.

Sabtu, 23 Jun 2012

TIPS KESIHATAN


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah. 
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam 
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan 
 5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil 
9. Gayat tanpa sebab

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging... 
3. Jangan makan sayur dalam tin. 
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok... 
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa. 
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak. 
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah 
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...) 
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok 
* Alkohol
* Ketegangan (Stress) 
* Amalkan Senaman

KASIH IBUBAPA







Maksudnya :- “Dan (sebaliknya amatlah derhaka) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajakkannya beriman) : ‘Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, pada hal berbagai-bagai umat sebelumku telah berlalu (tidak balik lagi)?’

Sambil mendengar kata-katanya itu ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu) : ‘Selamatkan dirimu! Berimanlah (tentang hidup) semula menerima balasan amalan)! Sesungguhnya janji Alla tetap benar’. Lalu dia menjawab (dengan angkuhnya) : ‘Semua itu hanyalah cerita-cerita dongen orang-orang dahulu kala’!

Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka dari kalangan jin dan manusia kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi”
. [Al-Ahqaf; 46:17-18]


Rabu, 13 Jun 2012

KESIHATAN & WANITA

Kita patut bersyukur kepada Allah kerana telah diberi satu rahmat besar iaitu sihat badan, sempurna sifat fizikal dan anggota, waras fikiran serta akhlak yang mulia.Ini adalah satu anugerah terbesar daripada Allah S.W.T. kepada hambaNya dan kita sepatutnya sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan kita dengan baik agar kita dapat menyempurnakan segala tanggungjawab kita terhadap Allah, iaitu menyembah Allah dan melakukan amal-makruf dan menjauhkan kemungkaran. Kesihatan merangkumi aspek-aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan saikologi serta jiwa dan rohani.

Setiap aspek ini patutlah dititikberatkan sama-rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita.Malah ramai di kalangan kita yang mengabaikan, tidak mengambil berat atau tidak peduli langsung tentang kesihatan diri sendiri.

Terdapat tiga perkara penting yang patut diingati oleh setiap manusia, khususnya kaum wanita iaitu aspek pengetahuan, sikap dan amalan untuk menjaga kesihatan diri.
Isu- isu utama kesihatan wanita
Berhubungan dengan kesihatan wanita, kita sering kaitkan wanita dalam perananya untuk penzuriatan atau kelahiran bayi, kesuburan dan kemandulan, hubungan seksual antara suami isteri, penyakit-penyakit ginekologi, atau penyakit yang melibatkan organ-organ peranakan dan lain-lain alat yang dikaitkan dengan reproduksi manusia.
Kehamilan dan kelahiran
Dari segi kehamilan dan kelahiran, kita sangat berbangga keranatelah berjaya mengawal kematian ibu akibat daripada kehamilan dan kelahiran.Begitu juga kita telah dapat mengawal kadar kematian bayi dalam peringkat umur setahun dan ini merupakan satu indeks utama dalam mengukur pembangunan sosio ekonomi negara kita.Di antara gejala-gejala yang masih mengancam nyawa wanita masa-kini ialah perdarahan sebelum dan waktu melahirkan anak, keguguran dan pengguguran yang boleh menyebabkan pendarahan yang amat teruk serta kemungkinan berlakunya keracunan atau “septicaemic shock”, sawan ketika hamil dan bersalin ( eclampsia), penyakit-penyakit yang dialami oleh wanita yang hamil dan bersalin seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, buah-pinggang dan lain-lain.Perkara-perkara ini penting diingati oleh setiap wanita, samaada yang terlibat secara terus atau secara tidak langsung kerana faktor-faktor ini boleh menyebabkan kematian ibu dan dengan mengambil langkah-langkah tertentu kita boleh menjauhkan gejala kematian.

Isnin, 4 Jun 2012

Fakta Dan Faedah Urutan

 Faedah urutan

sesuai utk bayi hinggalah dewasa
  • -Menyingkirkan lebihan toksin badan.
  • -Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
  • -Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
  • -Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
  • -Melancarkan sistem pencernaan.
  • -Membentuk badan.
  • -Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
  • -Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental
TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia. 

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar. 



Urutan Bayi Moden


TEKNIK Urutan Bayi tidak sukar untuk dipelajari. Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.
Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu. Panduan Langkah Demi Langkah yang ditunjukkan ini hanya beberapa teknik asas. Ingat, prosedurnya tidak begitu penting dibandingkan tindakan mengurut, komunikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apa juga jenis sentuhan ataupun usapan, memberi manfaat kepada bayi selagi dilakukan dengan kesabaran, kasih sayang dan kelembutan.

Persediaan mengurut:
1. Pastikan anda berkeadaan selesa dan tenang. Ingat, diri anda adalah cerminan kepada bayi anda, dia dapat mengesan perasaan ataupun tingkah laku yang dilihatnya dalam diri anda.
2. Pastikan keadaan bilik bersuasana senyap dan sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan selesa.
3. Panaskan tangan anda sebelum mengurut.
4. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus.
5. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur. Pastikan masanya konsisten kerana bayi anda akan ternanti-nanti rutin ini selepas waktu mandi ataupun waktu tidur.
6. Ada kalanya bayi terasa letih dan rangsangan ini dirasa keterlaluan. Cuba lagi selepas waktu tidur singkatnya dan elakkan mengurut bayi selepas memberi makan.

1. MUKA

Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.

2. DADA

Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.

3. TANGAN

Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.

4. KAKI

Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
Menggulung
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.

5. PERUT
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.

6. BAHAGIAN BELAKANG

Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.

Kesimpulannya: Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur.

Tekanan Semasa Mengandung


Persoalan yang ingin saya timbulkan pada minggu ini, adakah tekanan (stress) yang dialami oleh ibu semasa mengandung mempunyai kaitan dengan perkembangan emosi kanak-kanak?
Tekanan (stress) mempunyai banyak dimensi pengertian. Salah satu daripadanya mendifinasikan tekanan (stress) sebagai sebarang bentuk kesedaran psikofisiologikal yang boleh meletihkan sistem tubuh badan sehingga membawa kepada tidak berfungsi dan berpenyakit.

Ia mungkin berbentuk fizikal seperti penyakit mental seperti risau, gelisah dan spiritual seperti perasaan berdosa dan bersalah. Umum mengetahui bahawa tekanan (stress) menjadi begitu negatif sekiranya ia melepasi paras keupayaan seseorang menanganinya. Ia menjadi positif sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan kekuatan mekanisme adaptasi.

Banyak perhatian para doktor ditumpukan kepada kelainan-kelainan mental yang berlaku selepas bersalin daripada melihat kepada masalah-masalah semasa mengandung yang mungkin memberi kesan semasa bayi.
Ini kerana pengetahuan kita tentang sejauh mana kemudaratan yang ditimbulkan sebelum bersalin sehingga memberi kesan ke peringkat bayi sangat terbatas.

Kebanyakan daripada pengetahuan yang ada adalah berkaitan dengan perkara-perkara fizikal sahaja seperti kelahiran tidak cukup bulan dan sebagainya. Pengetahuan yang berkaitan dengan kesan emosi ke atas bayi sangat terbatas dan berkurangan.

Kajian saintifik menunjukkan bukti bahawa bayi memperlihatkan tindak balas kepada bunyi-bunyian sekurang-kurangnya pada minggu ke-20 kandungan. (Hepper & Shahidullah: The development of fetal hearing. dalam Fetal & Materal Medicine Review. 1994).

Ini bermakna jika ibu menunjukkan reaksi stress ketika kandungan 5 bulan dengan memaki hamun serta memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik, dikhuatiri akan memberi impak emosi kepada bayi yang dikandungnya.

Para alim ulama menasihati kita tentang perlunya ibu-ibu memperkatakan sesuatu yang baik dan banyak membaca al-Quran ketika mengandung.
Bayi yang di dalam kandungan akan teransang dengan bunyi-bunyian dari ayat-ayat al-Quran yang didengarinya.

Kekal Bertenaga

10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga

Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

1. Sentiasa makan sarapan pagi

Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

2. Makan sedikit tetapi lebih kerap

Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa
letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

3. Bersenam

Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Beri sel anda makan

Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

5. Makan makanan tinggi tenaga

Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.

6. Minum air

Minum air dengan kerap.

7. Minum jus

Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

8. Kurangkan penggambilan kafein

Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.

9. Vitamin

Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

10. Galian/Mineral

Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..

Ahad, 3 Jun 2012

Tips merawat sakit kepala

aduhhh.....sakit nyeee kepale niii
Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala. Picit bahagian atas kening menggunakan jari hantu kedua2 belah tangan,perlu dibuat oleh sahabat anda atau yang berkenaan.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Sabtu, 2 Jun 2012

Wahai Ibu Bersalin

Manjakan diri selepas bersalin, rehat sepenuhnya, jangan buat kerja berat kerana badan perlu ambil masa untuk pulih paling kurang 6 minggu  atau 42 hari. Semasa anda melahirkan bayi, tulang punggung  terbuka bagi memberi laluan bayi untuk keluar  dan segala urat saraf  menjadi tegang. Untuk memulihkan urat kembali normal, anda disyorkan mengurut selama 3 hari berturut-turut atau lebih, bagi yg suka dan mampu untuk rawatan tradisional... 

Anda bertukus lumus menahan rasa sakit dari contraction dan berusaha untuk mengeluarkan satu nyawa. Maka selepas sahaja bayi keluar, rehatkan diri sepenuhnya. (Setiap kali melahirkan anak,air mata pasti mengalir kerana menahan rasa sakit yang teramat.)

Jangan banyak berjalan, berlari atau melompat. Rahim , faraj dan serviks perlu masa untuk mengecut dengan baik  dan sempurna. Penjagaan diri di bahagian ini sangat penting kerana servis anda sebagai isteri diperlukan dalam tempoh yang masih lama.

Jaga kebersihan  dan kesihatan diri dengan baik dan sempurna.

Demi yang terindah

Demi yang kukagumi,
aku memberanikan diri,
untuk menulis sebuah puisi,
yang tak seindah pelangi,
namun sebuah kejujuran hati, 

Demi yang kurindu,
aku rela menjadi debu,
dan tak pernah merasa jemu,
berdiri mematung untuk menunggu,
pembebasan jiwa yang terbelenggu.

Demi yang kupuja,
biarlah aku menjadi lupa,
tentang diriku yang sebenarnya,
kerana aku takkan pernah ada,
tanpa hembusan sebuah sabda.

Demi yang terindah,
aku sedar begitu rendah,
sedikitpun tak terlihat gagah,
berjalan harus dipapah,
agar tidak terjerembab ke tanah.

Demi yang tercantik,
lemah bibirku berbisik,
melantunkan kata terbaik,
tanpa dilapisi warna-warni lipstik,
tentang kebenaran yang setitik,

Demi yang tiada cacat,
aku selalu ingin mencatat,
makna-makna yang tersirat,
di antara dunia penuh siasat,
agar aku senatiasa selamat. 

Demi keagunganNya,
aku selalu memuja,
aku selalu mengagumi,
aku selalu merindu,
akan semua keindahanNya....